Home Pasaran FBM KLCI Teruskan Penurunan Hari Kelima Berturut-turut
Pasaran

FBM KLCI Teruskan Penurunan Hari Kelima Berturut-turut

FBM KLCI Teruskan Penurunan Hari Kelima Berturut-turut

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — FBM KLCI meneruskan penurunan pada hari kelima berturut-turut pada Rabu sekali gus memperlihatkan sentimen mengelakkan risiko yang semakin ketara di seluruh pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.07 mata atau 0.26 peratus kepada 1,544.80 daripada 1,548.87 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka lebih tinggi 4.07 mata kepada 1,552.94 dan berubah-ubah antara 1,542.47 dan 1,553.84 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 649 berbanding 342 manakala 464 kaunter tidak berubah, 963 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.27 bilion unit bernilai RM2.16 bilion daripada 2.61 bilion unit bernilai RM1.98 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pelabur asing kekal sebagai penjual bersih pada Isnin dan Selasa, meningkatkan lagi jualan besar-besaran memandangkan cabaran luaran seperti makroekonomi dan geopolitik terus mempengaruhi kedudukan pelabur.

“Sentimen pasaran masih goyah kerana pelabur global mempertimbangkan ketidaktentuan politik dan fiskal yang berterusan di Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Livevartha.

Menurutnya walaupun asas domestik adalah berdaya tahan, yang dibuktikan menerusi pengumuman jumlah eksport yang kukuh semalam — prestasi pasaran tempatan sebahagian besarnya kekal ditentukan oleh pembolehubah eksogen.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –Pasaran getah...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha)...