Home Pasaran FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Dagangan Tengah Hari
Pasaran

FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan tengah hari Jumaat, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan seiring kebanyakan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.68 mata atau 0.10 peratus kepada1,624.96 daripada paras 1,623.28 di akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 4.34 mata kepada 1,627.62 dan bergerak dalam julat 1,622.00 hingga 1,627.62 pada sesi pagi.

Sentimen pasaran bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu586 berbanding 246 manakala 464 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,110 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.66 bilion saham bernilai RM927.12 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata Wall Street mencecah paras tertinggi baharu, dipacu oleh sentimen Trump yang positif.

Faktor sokongan lain adalah pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan ASdengan impak minat belian dijangka melimpah ke pasaran tempatan, khususnya sektor teknologi ketika persekitaran ringgit masih dilihat menguntungkan syarikat yang dipacu oleh eksport.

“Selain itu, dalam fasa menghampiri musim pelaporan pendapatan, kami percaya projek-projek pusat data yang dilaksanakan lebih awal akan mula menyumbang kepada pendapatan.

“Susulan perkembangan itu, kami menjangkakan sektor seperti pembinaan, bahan binaan dan hartanah akan mencatat prestasi lebih baik dalam masa terdekat,” katanya.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...