Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Setakat Dagangan Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Setakat Dagangan Tengah Hari

Bursa Malaysia Rendah Setakat Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi daganganpagi Isnin dengan lebih rendah susulan tindakan pelabur menjual saham mewah terpilih bagi kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan.

Pada12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak3.89 mata atau 0.23peratus kepada1,625.57 berbanding paras 1,629.46 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.28 mata kepada 1,629.74 dan diniagakan antara 1,623.83 hingga 1,631.71 pada sesi pagi.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu526 berbanding 397 dengan490 kaunter lain tidak berubah, 940 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangaannya.

Jumlah dagangan berjumlah 2.27bilion unit bernilaiRM1.38 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Livevartha bahawa FBM KLCI di bawah paras 1,630 susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan.

“Di sebalik ketiadaan pemangkin baharu, kami percaya beberapa usaha pengumpulan saham akan berlaku. Ini berikutan kami menjangkakan kemungkinan dana asing meneliti semula Asia sebagai destinasi utama (pelaburan) susulan ketidaktentuan pasaran Amerika Syarikat (AS).

“Berikutan itu, indeks berkenaan dijangka menyaksikan pergerakan dalam julat1,630-1,640 hari ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikanIOI Corporation naik dua sen kepada RM3.87 manakala Maxis and YTL Corporation masing-masing naik satu sen kepada RM3.65 dan RM2.75.

Related Articles

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...