Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia kekal rendah ketika tengah hari pada Jumaat berikutan pengambilan untung selepas kenaikan kukuh berterusan baru-baru ini memberi tekanan kepada kaunter produk perindustrian, telekomunikasi dan perbankan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.24 peratus atau 3.69 mata kepada 1,532.04 daripada 1,535.73 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.16 mata lebih rendah kepada 1,531.57 dan bergerak antara 1,527.59 hingga 1,533.52 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 473 berbanding 300, manakala 379 kaunter tidak berubah, 1,320 kaunter tidak diniagakan dan 133 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.24 bilion saham bernilai RM922.79 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd pihaknya menjangkakan aktiviti memperelok akaun menyokong pasaran tempatan walaupun Wall Street ditutup rendah semalam.

“Kami mengekalkan unjuran positif terhadap sektor minyak dan gas, disokong oleh kempen tekanan maksimum Amerika Syarikat terhadap industri minyak Iran, yang boleh memberikan sokongan lanjutkepada harga minyak mentah Brent,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu memaklumkan kalangan pelabur juga mungkin menumpukan kepada Westports kerana mereka yakin perbelanjaan modal yang dibiayai melalui pelaburan semula dividen oleh pengendali pelabuhan itu akan memacu pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang, walaupun terdapat kelewatan pelarasan tarif pelabuhan.

“Kami juga berpandangan Lim Seong Hai Capital sebagai saham yang terkurang nilai, disokong oleh prospek pertumbuhan perolehan yang kukuh dan nisbah perlindungan nilai perolehan kontrak yang teguh, melebihi tiga kali,” tambahnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...