Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Akhir Dagangan Pagi
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Akhir Dagangan Pagi

Bursa Malaysia Rendah Pada Akhir Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Rabu berikutan penjualan berterusan di beberapa kaunter saham berwajaran tinggi dan bermodal kecil, susulan sentimen tidak menentu dalam pasaran serantau.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.26 mata atau 0.44 peratus kepada 1,622.53 daripada 1,629.79 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 0.87 mata lebih rendah kepada 1,628.92 dan diniagakan antara 1,621.48 hingga 1,631.15 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 719 berbanding 284, manakala 451 kaunter tidak berubah, 916 kaunter tidak diniagakan, dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.23 bilion unit bernilai RM1.47 bilion.

Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata kekukuhan Indeks Perkhidmatan ISM Amerika Syarikat (AS) bagi sektor bukan pembuatan serta tawaran pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan telah mendorong penilaian semula yang tinggi ke atas keluk hasil AS.

Beliau berkata data itu memberi tekanan ke atas nota Perbendaharaan AS, mendorong hasil yang lebih tinggi dan mengukuhkan dolar.

“Faktor ini mungkin memberi kesan negatif kepada aset risiko Asia, terutama ketika sentimen negatif terhadap saham teknologi dan semikonduktor," katanya.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM10.14, Public Bank dan CIMB masing-masing kurang satu sen kepada RM4.50 dan RM8.14, manakala Hong Leong Bank merosot empat sen kepada RM20.38.

Related Articles

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...