Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 April (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi sedikit selepas permulaan yang lembap pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam saham berwajaran tinggi didahului sektor produk pengguna, telekomunikasi dan perbankan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.86 mata atau 0.53 peratus kepada 1,484.78 daripada 1,476.92 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.75 mata lebih rendah kepada 1,475.17, dan bergerak antara 1,473.21 hingga 1,486.28 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 382 berbanding 355 manakala 419 kaunter tidak berubah, 1,254 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.52 bilion saham bernilai RM760.82 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan Malaysia dan China menandatangani 31 memorandum persefahaman dan dokumen merangkumi pelaburan dan kerjasama dalam pelbagai sektor, yang berpotensi meningkatkan sentimen pasaran, susulan lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia.

“Penerima manfaat mungkin termasuk kaunter berkaitan pembinaan, teknologi, perladangan dan pelancongan,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Secara berasingan, firma pembrokeran itu memaklumkan pihaknya juga kekal positif terhadap saham berkaitan keselamatan siber, yang mungkin juga terlindung daripada cabaran tarif Amerika Syarikat.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing naik 4.0 sen kepada RM9.88, RM13.48 dan RM6.86 manakala Public Bank menokok 3.0 sen kepada RM4.33, dan CIMB Group tidak berubah pada RM6.71.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...