Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Berbeza Dengan Trend Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Berbeza Dengan Trend Serantau

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Berbeza Dengan Trend Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia mencatatkan prestasi berbeza dengan trend serantau apabila mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dengan jualan yang kebanyakannya dalam kalangan saham wajaran tinggi diterajui kaunter perkhidmatan kewangan dan pembinaan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.85 mata kepada 1,517.96 daripada 1,527.81 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 14.52 mata kepada 1,513.29 dan bergerak antara 1,512.21 dan 1,523.39 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 435 berbanding 364 manakala 420 kaunter tidak berubah, 1,217 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.97 bilion saham bernilai RM1.36 bilion.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup semalam bersempena dengan cuti umum Nuzul Al-Quran.

Peniaga berkata bursa tempatan kekal rendah sejak sesi pembukaan dagangan hari ini, dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih mempengaruhi indeks barometer.

Bagaimanapun, beliau berkata kebanyakan bursa utama di Asia menunjukkan aliran meningkat walaupun terdapat pengumuman mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada 19 Mac selepas mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), dengan Fed dijangka mengekalkan kadar faedahnya.

Sementara itu, saham AS menyusut dengan ketara pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari Fed di samping turut menilai potensi kesan dasar tarif Presiden Donald Trump, katanya.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...