Saturday , 18 January 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa,didorong oleh peningkatandalam perkhidmatan kewangan wajaran tinggi terpilih dan saham telekomunikasi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik7.27mata kepada 1,592.86daripada 1,585.59ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 7.38mata lebih tinggi kepada 1,592.97,bergerak antara 1,590.78 dan 1,599.43 semasa sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran juga adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 428berbanding 418, sebanyak 493kaunter tidak berubah, 1,020tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 2.27bilion unit bernilai RM1.26bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Bursa Malaysia mungkin terus mengalami ketidaktentuan berikutan pengumuman sekatan eksport terhadap cip.

“Bagaimanapun, peluang dagangan mungkin muncul dalam sektor minyak dan gas, disokong oleh sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas minyak Rusia dan penurunan inventori AS yang terus memacu peningkatansemula dalam minyak mentah Brent.

“Dalam sektor teknologi, potensi peningkatan mungkin terhad berikutan pengumuman terbaharu oleh Presiden AS Joe Biden tetapi kami menjangkakan beberapa peluang belian dalam perkhidmatan pembuatan elektronik, pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar dan pemain peralatan ujian automatik, didorong oleh pengukuhanmata wangAS,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank naik20sen kepadaRM10.28, Tenaga meningkat enam sen kepadaRM13.96 danIHH melonjak lima sen kepadaRM7.15, manakalaCIMB danPublic Bank turun tiga sen masing-masing kepadaRM8.07 danRM4.42.

Related Articles

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat

Oleh Danni Haizal Danial Donald & Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 17...

Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal
Pasaran

Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat
Pasaran

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 16...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 16 Jan (Livevartha) — Ringgit ditutup...