Home Pasaran Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, didorong sentimen keyakinan berikutan langkah penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.

Menurut Innes, sebelum ini BNM mengambil pendekatan berhati-hati mengenai penurunan kadar berikutan kebimbangan terhadap susut nilai mata wang, namun kini mendapat isyarat baik untuk berbuat demikian.

Innes turut menekankan bahawa sokongan kerajaan terhadap sektor teknologi Malaysia adalah penting untuk menarik pelaburan asing.

"Berdasarkan pergerakan mata wang, pelabur asing sudah mula mencari arah untuk kembali ke pasaran Malaysia.

"Semua isyarat menunjukkan trend aliran positif, dan trend ini boleh mewujudkan kitaran yang baik untuk mata wang dan pasaran tempatan," katanya kepada Livevartha.

Innes optimis namun berhati-hati bahawa indeks penanda aras Bursa Malaysia akan kekal melepasi paras 1,660 mata minggu depan, walaupun terdapat potensi risiko daripada pilihan raya AS.

"Kenaikan tarif boleh memberi kesan negatif kepada China. Walaupun Malaysia tidak terbabit dengannya, risiko di Asia boleh berubah sedikit negatif," katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...