Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulanjualan yang berterusan apabilapasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut6.28 mata atau 0.4 peratus untuk ditutup kepada1,552.69 berbanding paras penutup1,558.97 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 1.53 mata kepada 1,557.44 — paras tertingginya pada hari ini dan bergerak ke paras rendah 1,544.87 semasa sesi pagi.

Suasana pasaran juga negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 537 berbanding 372, dengan 466 kaunter tidak berubah, 924 tidak diniagakan dan 37 digantung.

Jumlah dagangan menyusutkepada 2.19 bilion unit bernilai RM2.01 bilion daripada2.76 bilion unit bernilai RM2.38 bilion pada Isnin.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, walaupun kejayaan DeepSeek boleh dilihat sebagai perkembangan positif untuk sektor AI, namun ia sebaliknya meningkatkan kebimbangan pelabur.

Kegelisahan dalam pasaran global telah meningkatkan tekanan jualan ke atas FBM KLCI, yang mengalami kekangan sejak Khamis minggu lepas, katanya.

"Dalam indeks utama, hanya segelintir kaunter sahaja yang berjaya mencatatkan keuntungan. Saham utiliti terus berada di bawah tekanan jualan, manakala kaunter yang berkaitdengan AI dan pusat data terus mencatatkan penurunan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...