Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia tidak dapatmengekalkan kenaikan awal selain mengakhiri minggu ini dengan prestasi yang lemah apabilatekanan jualan berterusan dalam saham berwajaran tinggi sertasaham permodalan sederhana, di tengah-tengah sentimen serantau yang suram.
Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 10.63 mataatau 0.70 peratus, kepada 1,508.35 daripada 1,518.98 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.24 mata lebih tinggi pada 1,521.22 dan kemudiannya mencecah paras tertinggi harian iaitu 1,522.06 pada awal dagangan sebelum kehilangan momentum dan ditutup pada paras terendah harian.
Dipasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak616 berbanding 336manakala 417 kaunter tidak berubah, 1,025 tidak diniagakan dan 86 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 3.21 bilion unit bernilaiRM5.04 bilion daripada3.30 bilion unit bernilai RM2.22 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkatapasaran serantau merosot selepas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent mengumumkanrundingan perdagangan dengan China menemui jalan buntusekali gus mengurangkan keyakinan terhadap pengurangan tarif dalam jangka panjang.
“Para pelabur sedang memantau rapat situasi inimemandangkan perkembangan lanjut dalam hubungan perdagangan AS-China boleh memberi kesan besar kepada pasaran global.
“Kami percayadengan ketegangan geopolitik dan data ekonomi yang tidak banyak memberi jaminan, pasaran Asia mungkin kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Livevartha.