Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Pada Sesi Pagi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Pada Sesi Pagi

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Pada Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 16 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada sesi pagi berikutan aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih, walaupun dijangka berlaku pemulihan teknikal hari ini.

FBM KLCI dibuka10.49 mata lebih tinggi pada1,572.61, susut0.44 mata kepada1,561.68 pada tengah hari dan bergerak antara 1,559.33 dan1,576.57 di sepanjang sesi dagangan pagi.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 504 berbanding 383, 453 kaunter tidak berubah,1,035 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.27 bilion unit bernilaiRM1.51 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata berkemungkinan terdapat peluang belian keseluruhan dalam sektor tenaga, didorong oleh pengukuhan harga minyak mentah berikutan sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap minyak Rusia dan perolehan pelaburan bernilaiUS$1bilion olehYinson Holdings Bhd.

"Memandangkan pasaran saham AS yang semakin pulih, dipacu oleh tekanan inflasi yang mereda, serta persekitaran dolar yang meningkat, kami percaya ia boleh mencetuskan aktiviti memburusaham pada harga rendah di pasaran tempatan.

"Dalam sektor teknologi, segmen perkhidmatan pembuatan elektronik mungkin mendapat manfaat daripadanya, di sebalik pengumuman Presiden AS Joe Biden baru-baru ini untuk mengekang eksport cip berkaitan kecerdasan buatan," katanya dalam satu nota hari ini.

Dalam kalangan wajaran tinggi, saham Maybank naik dua sen kepadaRM10.16, Public Bank menokok satu sen kepadaRM4.10, CIMB naik 16sen kepadaRM8.01, Petronas Dagangan meningkat68sen kepadaRM19.50, IHH naik satu sen kepada RM7.11, manakala Tenaga turun14sen kepadaRM13.36.

Dalam kalangan kaunter cergas,CBH Engineering yang baru disenaraikan naik4.5sen kepada 32.5sen, dan Velocity Capital menokok setengah sen kepada 8.5 sen.

Related Articles

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...