Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup hampir mendatar pada Isnin dengan indeks utama menyusut sedikit, terjejas ekoranaktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter telekomunikasi.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 1.08mata atau 0.07 peratus kepada1,534.30berbanding1,535.38 ketika ditutup pada Jumaat.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.95 mata lebih tinggi pada1,536.33 dan bergerak antara paras1,528.93 dan1,537.27sepanjang dagangan hari ini.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak595 daripada338, manakala 478 kaunter tidak berubah, 1,019 tidak diniagakan dan 42 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.12 bilion unit bernilai RM1.63 bilion, berbanding 2.72 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Jumaat.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Lengberkata FBM KLCI mengurangkan kerugian terdahulu hasil minat belian dagangan pada saat-saat akhir, terutamanya dalam kaunter perbankan.
“Pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur selepas kenyataan Presiden Amerika SyarikatDonald Trump berkaitan tarif. Beliau terlebih dahulu mengancam untuk menaikkan tarif ke atas Eropah, sebelum menarik balik kenyataan itu.
“Sementara itu, saham teknologi mengalami tekanan jualan selepas Trump mencadangkan tarif 25 peratus ke atas iPhone dan telefon pintar lain,” katanya kepada Livevartha.