Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mac(Livevartha) –Bursa Malaysia diunjur diniagakandalam jajaran kecilminggu depan apabila peserta pasaran dijangka mengambil pendekatan berhati-hati dan bukan senaliknya memberi reaksi spontan, yang sepatutnya membantu mengehadkan pergerakan turun naikjangka pendek.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata minggu depan pasaran akan menyaksikan tempoh dagangan singkatsusulan cuti umum Nuzul Al-Quran pada Selasa.

Memandangkan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) hanya akan dikeluarkan selepas waktu pasaran tempatan pada Isnin, reaksi Bursa Malaysia akan tertangguh sehingga Rabu.

‘Reaksi lewat ini boleh membawa kesan stabil, menyediakanlebih banyak masa kepada pelabur untuk menilai reaksiWall Street dan menyesuaikan strategi mereka dengan sewajarnya,” katanya kepada Livevartha.

Pada masa depan, Mohd Sedek berkata walaupun pasaran mungkin mencatatkan lantunan semula susulanpenjualan besar-besaran baru-baru ini, sentimen pelabur dijangka kekal berhati-hati berikutan risiko berterusan daripada pengumuman tarif perdagangan Presiden AS Donald Trump.

Walaupun terdapat petandainflasi yang berkurangan, beliau berkata data jualan runcit Februari China dan AS- yang dijadual dikeluarkan pada Isnin – akan dipantau rapat untuk mendapatkan gambaran tentang trend perbelanjaan pengguna dan daya tahan ekonomi.

Acara utama global pada minggu depan adalah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS pada 19-20 Mac.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...