Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24Mei(Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatkanlantunan sederhana minggu depan susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusanselepas penurunan baru-baru ini.
Mohd Sedek Jantan, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhdberkata bagaimanapun pemulihan dijangka terhad, dipacu oleh sektor tertumpu dalam negara yang akan mendapat manfaat daripada pertumbuhanditerajui penggunaan dan sokongan fiskal yang berterusan.
"Namun, jika tiada pemangkin makro atau dasar baharu, momentum menaik mungkin terhad padatahap paras rintangan psikologi 1,555. Melepasi ambang ini, aktiviti dagangan mungkin berkurangan apabila peserta pasaran menilai semula penilaian dan dinamik ganjaran risiko," katanya kepada Livevartha.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, Bursa Malaysia pulih daripada penurunanenam hari berturut-turut pada Jumaat disokong olehaktiviti membeli saham berharga rendah yang menambah baik sentimen risiko.
Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, indeks petunjuk pasaransusut36.37 mata kepada 1,535.38 daripada 1,571.75 pada minggu sebelumnya.
Indeks FBM Emas susut 271.99 mata kepada 11,474.05, Indeks FBMT 100 turun 239.6 mata kepada 11,233.10,Indeks FBM Emas Shariah berkurangan247.96 mata kepada 11,426.22, Indeks FBM 70 jatuh 352.15 mata kepada 16,350.26 danIndeks FBM ACE menyusut149.92 mata kepada 4,615.94.
Merentassektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun385.07 mata kepada 18,102.58, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 5.64 mata kepada 154.04 dan Indeks Tenaga susut 18.61 mata kepada 710.77.
Indeks Perladangan turun55.28 mata kepada 7,330.3 dan Indeks Penjagaan Kesihatan menokok 46.45 mata kepada 1,833.89.