Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.11 mata kepada 1,529.62 daripada 1,535.73 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.16 mata lebih rendah kepada 1,531.57.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 132, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,930 kaunter tidak diniagakan dan 133 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 151.68 juta saham bernilai RM106.25 juta.

Peniaga ActivTrade, Anderson Alves berkata dagangan ekuiti Asia mungkin tidak banyak berubah hari ini kerana pelabur menunggu kejelasan mengenai tarif AS yang akan datang menjelang 2 April, 2025.

“Ketika itulah levi yang ketara dijangka berkuat kuasa bagi beberapa negara, dengan langkah tambahan turut dijangkakan,” katanya.

Presiden AS Donald Trump baru-baru ini mengumumkan tarif 25 peratus akan dikenakan ke atas semua kenderaan yang dibuat di luar negara bermula tarikh itu.

Hal itu mendorong pendekatan lebih berhati-hati menjelang “Liberation Day”, yang disebut oleh sesetengah pelabur — apabila butiran lanjut mengenai kemungkinan tindakan Rumah Putih dijangka diumumkan.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...