Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Ketika Wall Street Lemah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Ketika Wall Street Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Ketika Wall Street Lemah

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan mencatat peningkatan kecil di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

Pada9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.05 mata kepada 1,616.69 daripada paras 1,615.64 yang dicatat semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.21 mata kepada 1,615.85.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 164 berbanding 119 manakala 267 kaunter tidak berubah, sebanyak1,926 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak102.97 juta unit bernilai RM61.85 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata aktiviti belian pada masa ini dijangka berterusan dan optimis tindakan penjualan oleh pelabur asing tidak akan menjejaskan aliran peningkatan semasa.

“Indeks petunjuk utama itu masih berada dalam fasa konsolidasi dan perlu memecahkan paras1,630 sebelum bursa tempatan dapat bergerak ke paras lebih tinggi.

“Pada hari ini, kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat1,610-1,620,” katanya dalam nota penyelidikanhari ini.

Saham wajaran tinggi sepertiMaybank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM10.22 dan RM8.19;Public Bank dan Tenaga Nasional susutdua sen pada RM4.55 dan RM13.58 manakala IHH turun tiga sen kepada RM7.30.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...