KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.28 mataatau 0.15 peratuskepada 1,551.15 daripada 1,548.87 di akhir dagangan semalam.
Indeks petunjuk utama itu dibuka 4.07 mata lebih tinggi pada 1,552.94.
Sentimen pasaran menyaksikankaunter rugi mengatasi untung iaitu159 berbanding 121 manakala 224 kaunter tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan tujuh digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 162.30 juta saham bernilai RM69.83 juta.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan FBM KLCI akan meneruskan konsolidasisementara pelabur menunggu pemangkin baharu daripada pengumuman pelaporan pendapatan syarikat akan datang, susulan keadaan ekonomi global diasak oleh tarif yang mungkin menjejaskan aktiviti ekonomi domestik dan pendapatan syarikat.
"Prospek berhati-hati ini mungkin berterusan sehingga termeterai satu perjanjian perdagangan yang tetap dan saling menguntungkan dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan rakan perdagangan utama, termasuk Malaysia," kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini.
Pada masa sama, HLIB berkata ketidakpastian dasar pentadbiran Presiden AS Donald Trump dan kekaburan berterusan mengenai trajektori kadar Rizab Persekutuan negara maju itu akan terus mempengaruhi sentimen pasaran dan keyakinan perniagaan.
Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan TNB dan IHH Healthcare meningkat empat sen kepada RM14.18 dan RM6.99, CelcomDigi meraih lima sen kepada RM3.93, Hong Leong Bank naik 12.0 sen kepada RM20.02, Press Metal dan Petronas Gas kekal pada RM4.96 dan RM17.72manakala Maybank dan CIMB jatuh dua sen kepada RM10.02 dan RM4.49.