Home Pasaran Bursa Malaysia Atasi Bursa Serantau, Indeks Komposit Naik 1.37 Peratus Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Atasi Bursa Serantau, Indeks Komposit Naik 1.37 Peratus Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Atasi Bursa Serantau, Indeks Komposit Naik 1.37 Peratus Pada Tengah Hari

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia bertentangan dengan penyusutan bursa serantau apabila indeks petunjuk pasaran meningkat 1.37 peratus pada sesi pagi berikutan pendapatan korporat yang lebih kukuh terutama dalam sektor perbankan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melebihi paras 1,670, naik 22.70 mata kepada 1,674.99 daripada 1,652.29 semasa ditutup pada Selasa.

FBM KLCI melepasi paras tertinggi dalam tempoh 44 bulan sebelum ini iaitu 1,674.35 yang direkodkan pada 17 Dis 2020.

Indeks dibuka 5.48 mata lebih tinggi kepada 1,657.77 dan mencapai paras kemuncak pada 1,681.37 tengah hari ini.

Bagaimanapun, pasaran lebih luas adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 559 berbanding 439, dengan 456 kaunter tidak berubah, 1,062 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 2.30 bilion unit bernilai RM2.22 bilion.

Dipacu oleh prestasi teguh saham perbankan, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 492.30 mata kepada 19,771.15.

Sementara itu, bursa serantau dalam sentimen jualan di tengah-tengah prestasi lembap di Wall Street dalam tempoh semalaman, dengan Indeks Straits Times Singapura susut 0.22 peratus kepada 3,391.11, Hang Seng Hong Kong turun 0.97 peratus kepada 17,700.93, Nikkei Jepun berkurangan 0.02 peratus kepada 38,282.14, dan Kospi Korea Selatan merosot 0.29 peratus kepada 2,681.47.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Bursa Malaysia Atasi Bursa Serantau, Indeks Komposit Naik 1.37 Peratus Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...