Home Pasaran Bursa Dibuka Tinggi
Pasaran

Bursa Dibuka Tinggi

Bursa Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 April (Livevartha)–Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 21.84 mata kepada 1,476.60 daripada 1,454.76 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 19.29 mata kepada 1,474.05.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak405 berbanding 62. Sejumlah 195 kaunter tidak berubah,1,721 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 188.92 juta saham bernilai RM139.91 juta.

Di Wall Street,Dow Jones Industrial Average meningkat 1.56 peratus kepada 40,212.71, S&P 500 naik 1.81 peratus kepada 5,363.36 dan Nasdaq Composite menambah 2.06 peratus kepada 16,724.46.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran Amerika Syarikat (AS) mengakhiri minggu tidak menentu dengan sentimen positif, disokong oleh kenyataan Rumah Putih bahawa Donald Trump kekal optimisChinaakan meneruskan usaha untuk mencapai perjanjian dengan AS.

“Berdasarkan risiko meningkat di AS,hasil untuk tempoh 10 tahun terus naik, hampir kepada paras 4.50 peratus,” katanya kepada Livevartha.

Thong berkata pelabur kekal berhati-hati mengenai potensi impak daripada penangguhan tarif selama 90 hari.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...