Home Ekonomi Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation
Ekonomi

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Top Glove bekerjasama dengan CIMB Foundation untuk melaksanakan program literasi kewangan / Foto Hiasan / Bernama

SHAH ALAM, 20 Disember – Top Glove bekerjasama dengan CIMB Foundation untuk melaksanakan program literasi kewangan yang bertujuan memperkasakan kakitangan syarikat itu dalam menguruskan kesejahteraan kewangan mereka.

Program tersebut memberi fokus kepada peningkatan literasi kewangan melalui penyediaan alat dan sumber praktikal bagi membantu kakitangan membuat keputusan kewangan yang bijak.

Antara aspek utama yang diberi perhatian ialah pengurusan aliran tunai peribadi, pengurusan hutang, perancangan kewangan, perlindungan kewangan, serta pencegahan penipuan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Foundation, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata inisiatif tersebut selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan masyarakat.

“Program ini bertujuan memperkukuhkan pengetahuan kewangan kakitangan, seterusnya membantu mereka merancang masa depan yang lebih terjamin,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, inisiatif ini akan diperluaskan kepada lebih banyak syarikat di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai pekerja mendapat manfaat daripada program kesejahteraan kewangan itu.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...