Home Nasional Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Kementerian Pertahanan akan menjawab persoalan berhubung isu sewaan 28 helikopter jenis AW139 bernilai RM16.6 bilion pada 20 Februari ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan memberi penjelasan mengenai isu itu di Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan tidak lama lagi.

Menurut beliau, kelebihan pendekatan itu sudah dihujah ketika sesi penggulungan Belanjawan 2025 (Peringkat Dasar) yang lalu dan oleh Perdana Menteri semasa menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 28 November 2024.

\”Walau bagaimanapun, perkara tersebut akan turut diulas dan dijawab sekali lagi oleh saya semasa sesi penggulungan kementerian bagi perbahasan kali ini yang dijadualkan pada 20 Februari,\” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ketua Pembangkang pada Selasa mempersoalkan sewaan helikopter tersebut yang dilihat amat besar berbanding pembelian 32 helikopter jenis sama oleh negara lain.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...