Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi Terma Perdagangan Naik 1.3 Peratus Pada Jun, Dipacu Kenaikan Indeks Minyak Galian – Perangkaan
Ekonomi

Terma Perdagangan Naik 1.3 Peratus Pada Jun, Dipacu Kenaikan Indeks Minyak Galian – Perangkaan

Terma Perdagangan Naik 1.3 Peratus Pada Jun, Dipacu Kenaikan Indeks Minyak Galian – Perangkaan

Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM)

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) — Terma perdagangan Malaysia, yang mengukurharga eksport negara berbanding harga import,bertambah 1.3 peratus bulan ke bulan kepada 116.3 mata pada Jun 2024, dipacu oleh kenaikan indeks minyak galian, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua PerangkawanDatuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks minyak galian naik 5.4 peratus, diikuti minyak dan lemak binatang serta sayur-sayuran (2.8 peratus) dan makanan (1.1 peratus).

Beliau berkata terma perdagangan Malaysia tahun ke tahun naik 5.4 peratus daripada 111.4 mata pada Jun 2023.

Mohd Uzir berkataindeks nilai seunit eksport meningkat 0.6 peratus pada Jun 2024,daripada 150.3 mata pada bulan sebelumnya kepada 151.2 mata,disumbangkan oleh kenaikan 2.4 peratus indeks minyak galian, makanan (+1.2 peratus) sertaalat jentera dankelengkapan pengangkutan (+0.2 peratus).

Bagaimanapun,indeks volum eksport merosot 2.1 peratus,selaras dengan penyusutanindeks barang-barang keluaran kilang (-13.8 peratus), minyak danlemak binatang dansayur-sayuran (-13.6 peratus), dan pelbagai barang keluaran kilang (-7.7 peratus).

Indeks volum eksport pelarasan bermusim turut merosot13.5 peratus daripada 172.2 mata kepada 149.0 mata.

"Merujuk kepada perbandingan tahunan, indeks nilai seunit bertambah 6.6 peratus manakala indeks volum berkurang 4.6 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, indeks nilai seunit import jatuh 0.7 peratus pada Jun 2024, disumbangkan oleh penurunan indeks minyak danlemak binatang dan sayur-sayuran (-6.0 peratus),minyak galian (-2.8 peratus) danbahan kimia (-0.5 peratus).

Sementara itu, indeks volum import turut merosot 4.7 peratus pada Jun 2024 berbanding Mei 2024, disumbangkan oleh penyusutanindeks barang-barang keluaran kilang (-13.0 peratus), bahan kimia (-6.1 peratus) dan alat jentera dankelengkapan pengangkutan (-2.8 peratus).

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...