Home Ekonomi Tarif AS: Lawatan Tengku Zafrul ke Washington diyakini membuahkan hasil
Ekonomi

Tarif AS: Lawatan Tengku Zafrul ke Washington diyakini membuahkan hasil

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 27 April- Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG) yakin, lawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke Washington bagi membincangkan isu tarif bakal membuahkan hasil .

Presidennya, Datuk Dr Azman Yusoff, berkata ini kerana Malaysia mengamalkan pendekatan diplomatik dan berbincang secara baik untuk menggalakkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap isu berkenaan.

\”Harapan kita adalah supaya ada kesimpulan daripada pihak kerajaan dan juga pihak yang berwajib, yang berbincang itu, supaya keadaan itu lebih menang-menang.

\”Kita mohon rundingan ataupun hubungan bilateral yang baik antara dua negara ini akan memberikan hasil yang baik kepada negara. Maknanya, kita pun bukan dalam keadaan rugi,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Aidilfitri PENGILANG di sini.

Ujarnya, sekiranya tarif dikekalkan pada kadar 24 peratus, ia akan memberi kesan yang besar terhadap eksport negara terutamanya sektor perkilangan melibatkan kos operasi, kos pengeluaran dan bahan mentah.

Tambahnya, Malaysia perlu kekal sebagai negara berkecuali dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat dan China, memandangkan kedua-dua negara itu amat penting kepada pelaburan dan perdagangan negara.

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...