Home Ekonomi Sektor swasta pacu transformasi pertanian melalui teknologi, pelaburan
Ekonomi

Sektor swasta pacu transformasi pertanian melalui teknologi, pelaburan

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Sektor swasta perlu memainkan peranan penting dalam memacu agenda transformasi pertanian dengan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mempertingkatkan ekosistem dan pengeluaran makanan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben berkata teknologi yang dihasilkan perlu bersesuaian dan mampu dimiliki oleh komuniti peladang.

“Kita perlu memanfaatkan kuasa teknologi, analitik data, dan penyelidikan saintifik untuk membuka jalan baharu dalam mengoptimumkan pengeluaran makanan, meminimumkan pembaziran, serta meningkatkan kemampanan.

“Kerjasama antara kerajaan, NGO, ahli akademik, dan pihak berkepentingan amat digalakkan untuk membangunkan penyelesaian inovatif ke arah kemampanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Forum Pertanian Lestari & Keselamatan Makanan ASEAN 2024 anjuran KSI Strategic, di sini.

Tambah Martin, Kerajaan Sarawak kini mempromosikan penggunaan sisa pertanian sebagai hasil sampingan seperti makanan haiwan dan baja bagi meminimumkan pembaziran.

Langkah itu, jelasnya, sejajar dengan pelaksanaan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) secara menyeluruh.

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...