Home Ekonomi SEDANIA Innovator optimis permintaan barangan pengguna terus kukuh
Ekonomi

SEDANIA Innovator optimis permintaan barangan pengguna terus kukuh

Pengasas SEDANIA Innovator Berhad, Datuk Azrin Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 27 April- SEDANIA Innovator Berhad kekal optimis bahawa segmen barangan pengguna mereka akan terus mencatatkan permintaan yang kukuh meskipun pasaran semasa menghadapi ketidaktentuan.

Pengasas syarikat, Datuk Azrin Mohd Noor, memaklumkan, ketegangan perdagangan global sebenarnya membuka peluang baharu bagi syarikat untuk memperluas akses pasaran serta menyediakan alternatif tambahan untuk pengguna.

\”Menerusi teknologi yang kami miliki, serta keupayaan pengedaran digital yang ada, saya percaya kami mampu berkembang dengan sangat pantas. Jika dilihat dari angka kami, kami telah melepasi kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) dengan kelajuan yang kami capai,\” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan SEDANIA menjelaskan bahawa pelaksanaan tarif dijangka tidak memberi kesan besar kepada operasi syarikat, kerana SEDANIA tidak bergantung sepenuhnya kepada pasaran Amerika Syarikat.

Sehingga kini, jenama utama syarikat, Offspring, telah berjaya menembusi pasaran di 26 negara.

Dalam pada itu, Datuk Azrin turut menyatakan bahawa 70 peratus daripada hasil kumpulan pada tahun lalu disumbangkan oleh segmen barangan pengguna, yang terus menunjukkan prestasi cemerlang.

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...