Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi RM100 juta hingga RM200 juta jualan disasar pada Ekspo Kayu Malaysia 2025
Ekonomi

RM100 juta hingga RM200 juta jualan disasar pada Ekspo Kayu Malaysia 2025

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin

KUALA LUMPUR, 25 November – Majlis Kayu-Kayan Malaysia menyasarkan jualan RM100 juta hingga RM200 juta pada Ekspo Kayu Malaysia 2025 (MWE).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, pihaknya akan memberi fokus kepada peningkatan kualiti dan pematuhan terhadap kelestarianbagi mencapai sasaran tersebut.

\”Kita perlu bersaing berdasarkan kualiti dan kelestarian.Dengan gabungan kedua-dua elemen ini, saya percaya, kita boleh meletakkan produk kita dalam kategori premium.

\”Walaupun jumlah jualan mungkin serupa, nilai hasil yang diperoleh dapat meningkat,\” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran Ekspo Kayu Malaysia 2025 di ibu negara.

Ekspo itu akan diadakan pada 10 hingga 12 November tahun depan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pada dua edisi terdahulu, MWE berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM320.78 juta.

Bagi tahun 2025, acara berkenaan akan mempamerkan teknologi terkini dalam sektor kayu dan peralatan pemprosesan kayu selain, inisiatif kelestarian bagi menyokong industri secara mampan.

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...