Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, aliran meningkat
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, aliran meningkat

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 April– Ringgit meneruskan aliran naik semasa awal dagangan pada Selasa, meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong minat belian ke atas mata wang tempatan, dalam keadaan penurunan Indeks Dolar AS (DXY).

Pada pukul 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3585/3665 berbanding dolar AS daripada 4.3615/3665 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY susut 0.46 peratus kepada 99.010 mata apabila perniagaan AS terjejas ekoran tarif import AS.

Beliau berkata ringgit dijangka kekal positif namun dengan kecenderungan kepada julat dagangan kecil, katanya kepada Bernama.

“Buat masa ini, USD/MYR agak hampir dengan paras sokongan sedia ada 4.3634 dan sekiranya dolar AS-ringgit melepasi paras ini, kedudukan sokongan seterusnya akan berada pada 4.2607,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata ringgit menunjukkan prestasi yang sangat baik setakat ini, dengan mata wang tempatan meningkat 0.22 peratus berbanding dolar AS, kepada 4.3640 semalam.

Sementara itu, mata wang negara Asia lain mengalami prestasi bercampur-campur semalam, dengan baht Thailand dan rupiah Indonesia masing-masing susut berbanding dolar AS sebanyak 0.02 peratus dan 0.15 peratus.

Won Korea dan rupee India masing-masing meningkat 0.36 peratus dan 0.49 peratus.

Beliau berkata di peringkat global, gesaan supaya pengurangan kadar faedah AS menjadi semakin ketara apabila hasil nota Perbendaharaan AS bertempoh dua tahun susut lima mata asas kepada 3.69 peratus.

Awal dagangan hari ini, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.0657/0718 daripada 3.0406/0443 ketika ditutup semalam, dan turun berbanding euro kepada 4.9722/9813 daripada 4.9507/9564.

Ringgit rendah berbanding pound British kepada 5.8552/8660 daripada 5.8195/8262.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah dan hampir mendatar berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3284/3350 daripada 3.3198/3238 ketika ditutup semalam, dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0619/0945 daripada 12.9517/9743.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.73/7.74 semalam dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 258.5/259.1 daripada 258.7/259.1.- Livevartha

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...