Home Ekonomi Reach Ten sedia sokong transformasi digital di Sarawak
Ekonomi

Reach Ten sedia sokong transformasi digital di Sarawak

RM89.3 juta daripada jumlah hasil yang diperoleh diperuntukkan bagi memperluaskan infrastruktur telekomunikasinya

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Reach Ten Holdings Bhd bersedia menyokong transformasi digital di Sarawak, menerusi kejayaan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Firma perkhidmatan telekomunikasi berpangkalan di Bumi Kenyalang itu memperuntukkan RM89.3 juta daripada jumlah hasil yang diperoleh untuk memperluaskan infrastruktur telekomunikasinya.

Menurut Pengarah Urusannya, Leo Chin berkata ini termasuk pembinaan 100 menara telekomunikasi 4G dan 5G baharu di Miri, Sibu dan Bintulu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

\”Kami komited untuk mengukuhkan infrastruktur kami dengan memperluaskan liputan rangkaian fiber optik, meningkat keupayaan satelit dan membangunkan penyelesaian digital inovatif bagi memastikan keterhubungan yang lancar di dalam dan luar Malaysia,\” katanya selepas majlis penyenaraian syarikat itu, di sini, hari ini.

“Usaha ini bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, malah meletakkan asas bagi inisiatif bandar pintar Sarawak, termasuk sistem trafik pintar dan perkhidmatan digital,” tambah beliau.

Ketika dibuka pagi tadi, saham Reach Ten didagangkan tidak berubah pada 52 sen sesaham dengan 7.26 juta saham diniagakan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad\’l Mohamed berkata, firma itu merupakan syarikat pertama dari Sarawak yang tersenarai di Pasaran Utama selepas 15 tahun.

\”Bursa Malaysia komited untuk memperkasakan syarikat di seluruh Malaysia memanfaatkan IPO sebagai enjin untuk pengembangan, inovasi dan pembangunan negara.

\’\’Melalui pelbagai inisiatif, kami telah mempergiatkan usaha untuk memupuk kesediaan IPO di kalangan perusahaan Sarawak.

\’\’Penyenaraian hari ini diharap memberi inspirasi kepada lebih banyak syarikat dari negeri itu untuk menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) mereka,\’\’ katanya.##

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...