Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi Petronas Chemicals Catat Untung Bersih, Hasil Lebih Tinggi Pada Suku Kedua 2024
Ekonomi

Petronas Chemicals Catat Untung Bersih, Hasil Lebih Tinggi Pada Suku Kedua 2024

Petronas Chemicals Catat Untung Bersih, Hasil Lebih Tinggi Pada Suku Kedua 2024

Mazuin Ismail

Kredit: Petronas Chemicals Group Bhd

KUALA LUMPUR, 16 Ogos(Livevartha) — Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnyakepada RM777.0 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024 (S22024) daripada RM628.0 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pengeluar bahan kimia bersepadu itu berkatakeuntungan bersih yang lebih tinggi pada suku tersebut disebabkan oleh pendapatan lain yang berkaitan dengan penilaian semula pemiutang, sebahagiannya diimbangi oleh kerugian pertukaran mata wang asing yang belum direalisasiuntuk penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada sebuah syarikat usaha sama.

Hasil PCG juga meningkat kepada RM7.73 bilion berbanding RM7.11 bilion terutamanya didorong oleh jumlah jualan yang lebih tinggi dalam segmen baja dan metanol kumpulan serta sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen kimia khusus.

Bagi tempoh enam bulan, keuntungan bersih PCG meningkat kepada RM1.45 bilion daripada RM1.16 bilion tahun ke tahun manakala hasil meningkat kepada RM15.23 bilion daripada RM14.67 bilion.

PCG berkata hasil yang lebih tinggi untuk enam bulan pertama tahun itu adalah disebabkan sumbangan yang lebih besar daripada segmen kimia khusus di samping impakpertukaran mata wang asing yang positif.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Mazuin Ismail berkata kumpulan itu kekal teguh dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif kecemerlangan perniagaan untuk mengekalkan kecekapan dan keuntungan sambil memastikan strategi kalis masa depannya, termasuk penyahkarbonan yang kekal di landasan yang betul.

“Landskapperniagaan kini menjadi semakin kompleksdan industri kimia terkesan dengan ketidaktentuan yang berpanjangan di mana kita perlu mengharungi lebihan kapasiti dan permintaan rendahuntuk tempoh yang lama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazuin berkata PCG mempunyai beberapa aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan loji yang dijadualkanpada separuh kedua 2024, di mana tumpuan segera kumpulan adalah untuk melaksanakan aktiviti itudengan selamat.

“Selain itu, kami juga menantikan operasi komersial loji usaha sama kami, PCG PCC Oxyalkylates di Kertih, Terengganu,” tambahnya.

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...