Home Ekonomi Pesara guru menang Proton S70 dalam Kempen Hello CBP 2024
Ekonomi

Pesara guru menang Proton S70 dalam Kempen Hello CBP 2024

Pesara guru menang Proton S70 dalam Kempen Hello CBP 2024

BARISAN kepimpinan CBP meraikan pemenang cabutan suku ketiga Kempen Hello CBP 2024 di ibu negara hari ini.

PETALING JAYA: Seorang pesara dari Pulau Pinang membawa pulang sebuah Proton S70 apabila menjadi pemenang hadiah utama cabutan suku ketiga Kempen Hello CBP 2024 oleh Co-Opbank Pertama (CBP).

Bekas guru, Norizan Mat Lahim, 55, menerima hadiah berkenaan yang disampaikan Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi, dalam satu majlis di ibu negara hari ini.

Mohd Azizan Ahmad, 54, yang bekerja sendiri pula membawa pulang motosikal Suzuki Gixxer 250, manakala guru, Ruslin Abdul Rahman, 56, dan pesara, Ab Wahab Che Mat, 64, membawa pulang pakej percutian atau umrah.

Baharom berkata, orang ramai masih berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik bagi cabutan suku keempat Kempen Hello CBP 2024.

”Antara kelainan kempen Hello CBP 2024 adalah cabutan dilakukan setiap suku tahun di mana pemenangnya akan menerima hadiah sama seperti yang dibawa pulang oleh Norizan, Mohd Azizan, Ruslin dan Ab Wabab.

”Kaedah penyertaan kempen ini juga mudah dengan hanya melanggan produk dan perkhidmatan ditawarkan CBP, sekali gus berpeluang memenangi hadiah menarik berkenaan,” katanya.

Kempen Hello CBP 2024 berlangsung dari 1 Januari lalu hingga 31 Disember ini di mana hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 juta yang menjadi nilai hadiah tertinggi pernah ditawarkan CBP.-UTUSAN

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...