Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi Peniaga jangka persekitaran perniagaan meyakinkan pada suku keempat
Ekonomi

Peniaga jangka persekitaran perniagaan meyakinkan pada suku keempat

Peniaga jangka persekitaran perniagaan meyakinkan pada suku keempat

SEORANG peniaga mengemas kedai cenderahati yang mula dibuka di Pasar Kedai Payang I di Kuala Terengganu, hari ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

PETALING JAYA: Peniaga Malaysia menjangkakan persekitaran perniagaan yang meyakinkan pada suku keempat 2024, dengan petunjuk keyakinan positif +4.8 peratus tertinggi yang dicatatkan sejak suku kedua 2022, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, merentasi semua sektor yang disurvei, sektor perkhidmatan, perdagangan borong dan runcit, serta industri kekal optimis tentang keadaan perniagaan pada masa hadapan.

“Petunjuk keyakinan bagi sektor perkhidmatan meningkat kepada +13.1 peratus pada suku keempat 2024, berbanding +8.3 peratus pada suku sebelumnya.

“Selain itu, sektor perdagangan borong & runcit menunjukkan sentimen positif dengan +5.5 peratus, meningkat daripada +1.4 peratus pada suku sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, sektor Industri turut menjangkakan keadaan perniagaan yang menggalakkan dengan petunjuk keyakinan +1.2 peratus.

“Bagaimanapun, sektor pembinaan bertukar pesimis dengan petunjuk keyakinan -10.0 peratus pada suku rujukan, berbanding +2.2 peratus yang dicatatkan pada suku ketiga 2024.

“Melihat ke hadapan, jangkaan perniagaan bagi tempoh Oktober 2024 hingga Mac 2025 kekal meyakinkan dengan imbangan bersih +13.8 peratus, meskipun menurun daripada +23.5 peratus sebelumnya.

“Semua sektor meramalkan prospek perniagaan yang lebih cerah untuk enam bulan akan datang,” katanya.

Ujarnya, sentimen sektor perkhidmatan kekal positif dengan imbangan bersih +27.5 peratus bagi tempoh tersebut, walaupun menurun daripada +30.8 peratus pada suku lepas.

“Sektor perdagangan borong & runcit turut meramalkan prospek optimistik dengan imbangan bersih +16.7 peratus, meningkat daripada +10.6 peratus.

“Pada masa sama, sektor pembinaan menjangkakan keadaan perniagaan yang menggalakkan dengan imbangan bersih +16.0 peratus, sedikit menurun daripada +21.7 peratus sebelumnya.

“Sektor industri juga menjangkakan prospek yang lebih baik dengan imbangan bersih +4.3 peratus bagi tempoh Oktober 2024 hingga Mac 2025,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...