Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Pasaran saham Malaysia berada dalam momentum positif
Ekonomi

Pasaran saham Malaysia berada dalam momentum positif

Izrul Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Pasaran saham Malaysia diunjurkan terus berada dalam momentum positif tahun ini.

Presiden Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI), Izrul Zainal Abidin berkata, minat pelabur dijangka tertumpu kepada kaunter berkaitan sektor teknologi, pembuatan, pembinaan dan kewangan.

Jelasnya, ekonomi negara akan mendapat manfaat daripada aliran masuk pelaburan langsung asing khususnya melibatkan pusat data dan semikonduktor.

Kerjasama strategik Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) juga bakal menyumbang kepada pertumbuhan sektor perbankan.

\”Kita lihat pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak melakukan libat urus dan juga lawatan-lawatan kerja bagi menarik pelabur-pelabur luar ke Malaysia.

\”Sedikit demi sedikit kita dapat melihat hasil tersebut. Sekiranya kebanyakan MoU dan juga perjanjian yang telah kita tandatangani mula mengambil tempat dan menunjukkan kemajuan pada tahun ini, saya yakin bahawa unjuran 1,650 ke 1,680 akan dapat dicapai pada akhir tahun ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Biz Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.

Sementara itu, beliau yakin pasaran tawaran awam permulaan (IPO) akan terus mempamerkan prestasi kukuh dengan mencatat 50 penyenaraian.

Bagi 2024, Bursa Malaysia merekodkan 55 IPO, tertinggi dalam tempoh dua dekad.

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...