Saturday , 18 January 2025
Home Ekonomi Pasaran hartanah tempatan tunjuk tanda pemulihan jelas 
Ekonomi

Pasaran hartanah tempatan tunjuk tanda pemulihan jelas 

Pasaran hartanah tempatan tunjuk tanda pemulihan jelas 

JEFFREY Ng (empat dari kanan) pada persidangan tahunan pemaju hartanah, Siri CEO: 2025 di sini, hari ini.

PETALING JAYA: Pasaran hartanah tempatan menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang jelas dalam tempoh sedekad ini termasuk kerancakan pelancaran projek baharu serta pengurangan stok hartanah tidak terjual atau ‘overhang’, kata Pengerusi Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda). 

Datuk Jeffrey Ng memaklumkan, bermula dari tahun 2010 hingga 2014, pengenalan Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) memberikan dorongan besar kepada pasaran, menyebabkan pelancaran projek yang kukuh. 

Bagaimanapun, beliau berkata, apabila DIBS dimansuhkan pada tahun 2014, pertumbuhan pasaran mula perlahan yang membawa kepada hampir sedekad kemelesetan.  

“Antara tahun 2014 dan 2023, pasaran menyaksikan pelancaran projek yang lebih perlahan, lebihan stok yang bertambah dan jumlah unit yang lebih sedikit dilancarkan. 

“Pada tahun 2023, pasaran mula pulih semula dan kini jelas bahawa kita sedang memasuki fasa kitaran menaik dengan prospek positif untuk masa depan,” katanya pada ucapan alu-aluan sempena persidangan tahunan pemaju hartanah, Siri CEO: 2025 di sini, hari ini.

Malah, jelas Jeffrey, kos bahan yang semakin meningkat dan kekurangan tenaga kerja terus memberi tekanan kepada sektor hartanah. 

“Data juga menunjukkan bahawa kos bahan binaan telah meningkat secara purata sebanyak lapan peratus setiap tahun dalam tempoh tiga tahun yang lalu, sekali gus memerlukan penyelesaian perolehan yang inovatif,” katanya, 

Mengulas lanjut, beliau berharap industri hartanah juga perlu secara proaktif mengintegrasikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), dengan memberi penekanan kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui, reka bentuk bangunan lestari dan perancangan bandar yang inklusif. 

“Komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 memerlukan kerjasama yang signifikan antara sektor awam dan swasta,” katanya. 

Jeffrey berkata, cabaran urbanisasi, termasuk kesesakan lalu lintas dan infrastruktur yang tidak mencukupi, semakin mendesak. 

“Kadar urbanisasi Malaysia dijangka mencapai 80 peratus menjelang 2030, memerlukan pembangunan penyelesaian bandar pintar dan mampan yang dipercepatkan,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Darren Choy dilantik sebagai CEO Sedania FMCG Group
Ekonomi

Darren Choy dilantik sebagai CEO Sedania FMCG Group

DARREN CHOYPETALING JAYA: Sedania Innovator Berhad (Sedania) melantik Darren Choy sebagai Ketua...

Aveta sasar jualan 1,000 skuter Vanguard 250 
Ekonomi

Aveta sasar jualan 1,000 skuter Vanguard 250 

Steven Lim (kiri) bersama Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Aveta, Hon Swee...

MyEnergyStats jadi gerbang data terbuka sektor tenaga Malaysia
Ekonomi

MyEnergyStats jadi gerbang data terbuka sektor tenaga Malaysia

FADILLAH Yusof (tengah) melancarkan portal MyEnergyStats yang merupakan gerbang data terbuka sektor...

SOP sasar pendapatan RM1.5j dari pasaran China
Ekonomi

SOP sasar pendapatan RM1.5j dari pasaran China

CHAN Foong Hin pada majlis penghantaran produk tokotrienol premium AvantHealth Avtriee ke...