Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi Pasaran harta tanah Suku Ketiga 2024 catat peningkatan
Ekonomi

Pasaran harta tanah Suku Ketiga 2024 catat peningkatan

Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan bilangan dan nilai transaksi / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 15 November – Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan bilangan dan nilai transaksi.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Abdul Razak Yusak berkata jumlah transaksi meningkat sebanyak 3.1 peratus, manakala nilai transaksi bertambah 0.3 peratus, menjadikan sebanyak 112,305 transaksi bernilai RM57.31 bilion direkodkan.

Peningkatan tersebut dipacu oleh lonjakan transaksi dalam semua subsektor harta tanah serta situasi pasaran yang memberangsangkan.

“Sokongan berterusan kerajaan serta pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia telah memberi impak signifikan kepada aktiviti pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024.

\”Kerangka Ekonomi MADANI, yang memberi tumpuan kepada penstrukturan semula dan pembaharuan ekonomi Malaysia, serta pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), telah mula menunjukkan keberhasilan positif transaksi sektor harta tanah industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap secara dalam talian mengenai Prestasi Pasaran Harta Tanah Suku Ketiga 2024.

Tambah Abdul Razak, industri harta tanah yang terus berkembang kukuh menjadi salah satu enjin utama pertumbuhan ekonomi negara, memberikan keyakinan terhadap kekuatan pasaran harta tanah dalam mencapai sasaran transformasi ekonomi negara.

Related Articles

Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR kekal lengang minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 Februari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif...

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari
Ekonomi

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari

Kenaikan harga simen membimbangkan kontraktor yang mungkin menaikkan upah pembinaan bagi menampung...

Ekonomi

Nilai jualan sektor pembuatan 2024 cecah RM1.9 trilion, naik 4.6%

KUALA LUMPUR, 7 Februari – Nilai jualan sektor pembuatan bagi 2024 mencapai...