Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 November– Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan positif minggu depan berikutan Kelewatan pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), ini akan memberi ruang kepada pasaran untuk pulih daripada ketidakpastian permintaan.

Tambahnya, cuaca buruk di kawasan pengeluar utama dijangka mengganggu bekalan, sekaligus menyokong kenaikan harga.

Sementara itu, Pakar industri, Denis Low berkata, aktiviti penyimpanan semula mampu menyeimbangkan harga dan permintaan.

Ujarnya, permintaan dijangka meningkat secara perlahan berikutan cuaca hujan di negara pengeluar getah dan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Setakat ini, harga SMR 20 turun 5.1 peratus kepada 848.50 sen sekilogram, manakala harga lateks meningkat sebanyak 0.5 sen kepada 677.50 sen sekilogram.

Related Articles

Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR kekal lengang minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 Februari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif...

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari
Ekonomi

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari

Kenaikan harga simen membimbangkan kontraktor yang mungkin menaikkan upah pembinaan bagi menampung...

Ekonomi

Nilai jualan sektor pembuatan 2024 cecah RM1.9 trilion, naik 4.6%

KUALA LUMPUR, 7 Februari – Nilai jualan sektor pembuatan bagi 2024 mencapai...