Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah

Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah hari ini walaupun pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan momentum positif.

Penganalisis menyifatkan prestasi kurang memberangsangkan ini berikutan aktiviti perdagangan yang perlahan memandangkan pelabur bercuti sempena Hari Kesyukuran di AS.

Kontrak bulan semerta bagi November 2024 tidak berubah pada AS$2,646.40 setiap auns troy manakala kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 tidak berubah pada AS$2,659.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada tujuh lot daripada enam lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 22 kontrak daripada 23 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 28 November, harga emas fizikal berada pada AS$2,641.85 setiap auns troy. -Livevartha

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...