Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka kekal meningkat minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal meningkat minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan momentum kenaikannya minggu hadapan sewaktu konflik Rusia-Ukraine berterusan, kata seorang penganalisis.

Bagaimanapun, penganalisis itu berkata, jangkaan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh boleh memberi tekanan penurunan pada harga logam berharga tersebut.

Untuk minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas kebanyakannya diniagakan lebih tinggi, mengikuti kenaikan yang stabil di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX), AS sewaktu perang Rusia-Ukraine berterusan.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta November mengakhiri minggu ini lebih tinggi kepada US$2,698.70 setiap auns troy daripada US$2,572.30 setiap auns troy minggu lepas.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 juga ditutup lebih tinggi kepada US$2,712.10 setiap auns troy daripada US$2,585.80 minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 39 lot daripada 45 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 28 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 21 November 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,665.30 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...