Friday , 27 December 2024
Home Ekonomi MIDF Amanah Kekalkan Sasaran Asas FBM KLCI Pada 1,750 Mata Bagi 2024
Ekonomi

MIDF Amanah Kekalkan Sasaran Asas FBM KLCI Pada 1,750 Mata Bagi 2024

MIDF Amanah Kekalkan Sasaran Asas FBM KLCI Pada 1,750 Mata Bagi 2024

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Livevartha) –MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan sasaran asasFBM KLCI bagi2024 pada1,750 mata susulan prospek asas dan monetari yang positif.

Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan hari ini mencadangkan strategipemilihan saham bagi separuh kedua 2024 dibuatberdasarkan kepada turun naikyang rendah hingga sederhana, dengan unjuran potensi peningkatan turun naik pasaran.

“Sekuriti atau aset dengan turun naik hargayang tinggi danpantas sememangnya lebih berisiko.

"Sekuriti dengan turun naik harga yang rendah cenderung mempunyai harga yang stabil, menunjukkan risiko yang berkurangan. Saham dengan turun naik tinggi mencatatkan prestasi baik setakat ini pada tahun ini berbanding tahun lepas. Kami mengunjurkankitarandalam kaunter denganturun naik yang rendah,seperti saham kewangan," katanya.

Di peringkat global, bank itu menjangkakan pasaran ekuiti dunia secara amnya kekal stabil, terutamanya disebabkan oleh jangkaan pelonggaran monetari dengan bermulanya penurunan kadar faedah Fed AS dan pertumbuhan makro/pendapatan yang berdaya tahan.

Bank pelaburan itu berkata ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS akan menarik dana asing, sekali gus meningkatkan pasaran ekuiti tempatan.

"Sebaliknya, kami menasihatkan pelabur supaya mengambil pendekatan berhati-hati, mengambil kira risiko kemelesetan AS yang berlarutandan situasi yang membimbangkan di Ukraine dan Palestin," katanya.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...