Home Ekonomi Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan rakan dagang AS
Ekonomi

Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan rakan dagang AS

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad

KUALA LUMPUR, 26 November– Keputusan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menggugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang, dilihat sebagai perkembangan positif.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berpendapat, langkah itu memberi ruang kepada negara untuk berdagang secara lebih bebas serta mengukuhkan kedudukan ekonomi di peringkat antarabangsa.

\”Dalam perdagangan, kebebasan ini sangat penting. Apabila dapat dikeluarkan itu, kebebasan dapat dicapat dan membolehkan mereka berdagang dengan mana-mana negara tanpa perlu ada rasa takut dan sebagainya.

Keputusan ini membantu untuk negara luar pun melihat kita,\” kata Dr. Bashir kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Biz Malaysia, hari ini.

Tambahnya, antara faktor yang menyumbang kepada keputusan tersebut termasuk pengukuhan mata wang negara dan akaun semasa yang lebih baik.

Ini secara tidak langsung memberikan isyarat positif kepada pelabur bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang menarik.

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...