Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi Lawatan PM ke Brazil, cermin komitmen Malaysia perkukuh kerjasama serantau
Ekonomi

Lawatan PM ke Brazil, cermin komitmen Malaysia perkukuh kerjasama serantau

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 20 November– Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama serantau.

Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Profesor Ulung Datuk Rajah Rasiah berkata ia sekali gus dapat memperluas pengaruh Malaysia dalam arena antarabangsa.

\”Yang saya lihat itu, selain daripada mempamerkan peranan perdana menteri dalam menyokong pendirian negara-negara berkecuali begitu juga dengan pendirian ASEAN iaitu terhadap Zone Of Peace Freedom And Neutrality (ZOPFAN).

Ia mula-mula dicetuskan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia iaitu Tun Abdul Razak,\” kata Datuk Rajah Rasiah kepada pemberita RTM secara eksklusif, hari ini.

Konsep itu menggalakkan negara-negara berkecuali memainkan peranan dalam memastikan dunia menuju ke arah keamanan dan kestabilan.

Mengulas lanjut tentang kelantangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan isu Palestin, Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr. Ida Md Yasin berkata tindakan itu dilihat sebagai langkah berani.

Ini berikutan tindakan tersebut jarang dilakukan oleh pemimpin lain, yang kini dilihat semakin perlahan dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

\”PM masih terus membawa isu ini ke peringkat antarabangsa. Pada pandangan saya, kita kena lakukan itu sebab kita tidak bersekongkol bila bercakap tentang soal kekejaman pada masyarakat. Perkara ini tidak ramai yang nyatakan.

Satu tindakan yang wajar. Banyak episod menyaksikan Israel tidak mengendahkan segala arahan dan meneruskan keganasan. Jadi, kemungkinan ini satu tindakan yang boleh dipertimbangkan oleh anggota PBB,\” Dr. Ida kepada pemberita RTM secara eksklusif, hari ini.

Jelasnya, kekejaman Israel perlu dihentikan segera bagi menoktahkan genosid terhadap rakyat Palestin.

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...