Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Kadar antara bank stabil, BNM serap mudah tunai
Ekonomi

Kadar antara bank stabil, BNM serap mudah tunai

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional melonjak kepada RM32.83 bilion daripada RM28.89 bilion pada sesi pagi, manakala mudah tunai dana Islam menyusut kepada RM24.14 bilion daripada RM24.79 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik, tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.

Pada 4 petang, BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM32.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.10 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus pada 20 Disember.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...