Home Ekonomi Jumlah perdagangan catat nilai RM249.9 bilion pada Mac
Ekonomi

Jumlah perdagangan catat nilai RM249.9 bilion pada Mac

Jumlah perdagangan catat nilai RM249.9 bilion pada Mac

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM249.9 bilion pada Mac 2025 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM137.3 bilion dan RM112.6 bilion berdasarkan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Mac 2025.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport bernilai RM137.3 bilion pada Mac 2025, meningkat sebanyak RM8.7 bilion atau 6.8 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. 

“Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di empat negeri iaitu Pulau Pinang sebanyak RM10.7 bilion, diikuti Selangor (RM4.2 bilion), Melaka (RM744.9 juta) dan Kelantan (RM12.1 juta). 

“Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Johor sebanyak RM1.4 bilion, diikuiti Perak (RM1.3 billion), Kedah (RM883.7 juta), Sarawak (RM849.2 juta), Pahang (RM798.0 juta), Sabah (RM519.2 juta), Kuala Lumpur (RM500.4 juta), Negeri Sembilan (RM413.5 juta), Labuan (RM180.7 juta), Terengganu (RM116.3 juta) dan Perlis (RM12.2 juta).

“Bagaimanapun, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 37.8 peratus, diikuti oleh Selangor (18.9 peratus), Johor (17.8 peratus), Sarawak (7.0 peratus) dan W.P. Kuala Lumpur (3.8 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, beliau berkata, import menurun RM3.3 bilion atau 2.8 peratus berbanding bulan yang sama pada 2024. 

“Penurunan import itu disebabkan oleh import yang lebih rendah di kebanyakan negeri laitu Johor sebanyak RM6.0 bilion, Melaka (RM1.6 bilion), Negeri Sembilan (RM1.5 bilion), Sarawak (RM535.8 juta), Pahang (RM410.0 juta) dan Kedah (RM192.0 juta). 

“Terengganu pula mencatatkan import rendah sebanyak RM102.9 juta, Perlis (RM94.2 juta). Kelantan (RM55.9 juta), Labuan (RM47.2 juta) dan Sabah (RM13.0 juta). 

“Walau bagaimanapun, nilai import meningkat di Pulau Pinang sebanyak RM5.2 bilion, Kuala Lumpur (RM1.2 bilion), Selangor (RM192.5 juta) dan Perak (RM173.2 juta),” ujarnya. 

Tambahnya, Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 24.5 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (24.4 peratus), Johor (23.4 peratus), Kuala Lumpur (8.8 peratus) dan Kedah (4.9 peratus).-UTUSAN

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...