Home Ekonomi JS-SEZ dijangka sumbang tambahan AS$28 billion kepada KDNK tahunan menjelang 2030
Ekonomi

JS-SEZ dijangka sumbang tambahan AS$28 billion kepada KDNK tahunan menjelang 2030

FOTO Livevartha

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang diilhamkan oleh kejayaan zon Shenzhen dan Suzhou di China, mempunyai cabaran serta peluang unik dalam usaha menarik pelabur global.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, JS-SEZ melibatkan dua negara berbeza, dengan undang-undang dan peraturan yang berbeza.

\”Tapi setiap ekonomi yang terlibat, Johor, Malaysia dan Singapura mempunyai banyak elemen pelengkap yang boleh menawarkan cadangan nilai yang baik kepada pelabur di seluruh dunia, terutamanya ketika syarikat global sedang menguruskan risiko geopolitik dan timbul kegusaran mengenai gangguan kepada rantaian bekalan dan lokasi operasi kini menjadi keutamaan,\” katanya.

Sebelum itu, dalam sesi bual santai sempena Forum Ekonomi Malaysia 2025, JS-SEZ katanya, dijangka menyumbang tambahan AS$28 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan Malaysia menjelang 2030.

Ekonomi Johor ketika ini menyumbang kira-kira sembilan peratus kepada KDNK dan dijangka menjadi saingan Lembah Klang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...