Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Harga minyak sawit mentah ditutup tinggi
Ekonomi

Harga minyak sawit mentah ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, didorong kenaikan semula harga minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian dan niaga hadapan minyak biji sesawi Bursa Komoditi Zhengzhou, kata peniaga.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group beribu pejabat di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata laporan mengenai Indonesia menaikkan levi eksport terhadap MSM kepada 10 peratus daripada 7.5 peratus di samping pelaksanaan mandat biodiesel B40 mulai 1 Jan 2025 telah memberikan sokongan kepada sentimen pasaran yang optimis.

\”Selain itu, permintaan dari India, China dan Pakistan yang kembali meningkat telah memberikan sokongan. Negara-negara ini agak aktif dalam pembelian minyak sawit minggu lepas selepas pembetulan harga yang besar,\” katanya kepada Bernama.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan mengenai pengeluaran MSM yang lebih perlahan telah menyokong komoditi itu diniagakan lebih tinggi berikutan permintaan meningkat.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,400 satu tan dan rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 meningkat RM139 kepada RM4,901 satu tan dan Februari 2025 meningkat RM112 kepada RM4,683 dan Mac 2025 melonjak RM109 kepada RM4,542

Sementara itu, kontrak April 2025 meningkat RM109 kepada RM4,412 satu tan, Mei 2025 naik RM108 kepada RM4,315 dan Jun 2025 menambah RM108 kepada RM4,249.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 48,992 lot daripada 116,508 lot sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 241,663 kontrak daripada 244,206.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat RM60 kepada RM4,960 satu tan.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...