Home Ekonomi Gaji pekerja digital di Malaysia diunjur tumbuh stabil
Ekonomi

Gaji pekerja digital di Malaysia diunjur tumbuh stabil

Woon Tai Hai

SELANGOR, 4 Disember- Gaji pekerja digital di Malaysia dijangka tumbuh stabil pada kadar 7.19 peratus tahun ini, diikuti dengan 7.12 peratus pada 2025, menurut Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM).

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikannya, Woon Tai Hai memaklumkan pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan permintaan terhadap bakat mahir dalam bidang kecerdasan buatan, sains data, dan pengkomputeran awan.

Trend tersebut sejajar dengan perkembangan pesat penggunaan digital di seluruh negara.

Jelasnya Tai Hai, peningkatan gaji yang mampan amat penting bagi menangani penghijrahan tenaga kerja digital ke negara yang menawarkan imbuhan lebih tinggi.

\”Kenaikan gaji ini selaras dengan penawaran imbuhan yang kompetitif di peringkat serantau. Walaupunbegitu, Malaysia masih kekal dengan bakat digital yang cemerlang. Gaji tertinggi masih kompetitif dan dasar kerajaan boleh membantu mengekalkan momentum ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasaran Kerja Digital PIKOM dan Tinjauan Ekonomi 2024-2025 pada Selasa.

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...