Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Firma Taiwan, Linco Technology melabur di Senai Airport City
Ekonomi

Firma Taiwan, Linco Technology melabur di Senai Airport City

Firma Taiwan, Linco Technology melabur di Senai Airport City

GAN Seng Keong (dua dari kiri) bersama Leon Chen pada majlis menandatangani perjanjian SPA tersebut di Taiwan, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Senai Airport City Sdn. Bhd. dan Lincotec Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. anak syarikat milik penuh Linco Technology Co., Ltd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk kira-kira 4.02 hektar tanah perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.

Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport City, Gan Seng Keong berkata, pilihan Linco Technology untuk melabur di Senai Airport City menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan Johor dalam industri kecerdasan buatan (AI). 

“Sebagai sebuah taman perindustrian yang strategik, Senai Airport City berfungsi sebagai lokasi utama bagi industri yang terlibat dalam pembuatan berteknologi tinggi, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi teknologi. 

“Pelaburan Linco Technology dalam sistem semikonduktor dalam pakej (SiP) menggariskan kedudukan Senai Airport City sebagai pilihan pelabur untuk segmen semikonduktor, khususnya dengan aplikasi teknologi hijau.

”Kerjasama antara pelabur teknologi Malaysia dan Taiwan ini akan melonjakkan lagi rantaian bekalan teknologi tempatan,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Pengerusi Linco Technology Co.,Ltd., Leon Chen berkata, pihaknya komited untuk mencipta penyelesaian yang inovatif dan mampan yang memajukan proses pengeringan peralatan semikonduktor mesra alam sambil meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. 

“Pelaburan kami dengan kemudahan baharu kami di Senai Airport City menandakan satu langkah penting untuk mengembangkan operasi kami dalam membangunkan segmen teknologi hijau.

“Senai Airport City memberikan kami lokasi dan infrastruktur yang ideal untuk meningkatkan operasi kami di rantau Asia Pasifik. 

“Ini adalah peluang menarik untuk bukan sahaja mengembangkan perniagaan kami, tetapi untuk memupuk kerjasama dalam inisiatif teknologi hijau yang akan memacu kejayaan jangka panjang di Malaysia,” tambahnya. 

Pelaburan oleh Lincotec ini adalah bukti peningkatan Senai Airport City sebagai destinasi pelaburan strategik untuk syarikat teknologi yang ingin menerokai pasaran Asia Pasifik.

Sinergi antara Linco Technology dengan syarikat global setempat akan mempercepatkan pertumbuhan Johor dalam segmen semikonduktor yang menyokong pertumbuhan AI.

Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan pada 27 Disember lalu di ibu pejabat Linco Technology di Taiwan antara Seng Keong dan Leon Chen.

Lincotec ditubuhkan pada tahun 1999 dan beribu pejabat di Central Taiwan Science Park di Taichung, Taiwan. 

Lincotec adalah pakar dalam membangunkan dan mengeluarkan peralatan ‘sputtering’ dan etsa plasma berketepatan tinggi dan merupakan pembekal peralatan sputtering nombor satu dunia untuk ‘Electromagnetic Interference Shielding’ (EMI) sistem SiP.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...