Home Ekonomi Ekonomi Malaysia kekal positif: Indeks pelopor catat pertumbuhan 1.8%
Ekonomi

Ekonomi Malaysia kekal positif: Indeks pelopor catat pertumbuhan 1.8%

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 25 Disember – Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur berterusan bagi tempoh beberapa bulan akan datang berdasarkan Indeks Pelopor (IP) yang kekal positif.

Setakat September lalu, IP pertumbuhan tahunan 1.8 peratus, kepada 111.5 mata berbanding 109.5 mata bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ini merupakan prestasi positif bagi bulan kesepuluh berturut-turut sejak Disember 2023. Sekali gus, menunjukkan kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara.

Indeks Perindustrian Bursa Malaysia merupakan penyumbang utama kepada kenaikan, sebanyak 30.4 peratus. Bagaimanapun, prestasi bulanan IP menunjukkan penurunan sebanyak 2.6 peratus.

Melihat kepada trend jangka panjang, IP konsisten melepasi 100 mata mencerminkan pengembangan ekonomi disokong prestasi ekonomi domestik yang optimis.

Namun, cabaran global mungkin menimbulkan potensi risiko kepada trajektori pertumbuhan.

Sementara itu, Indeks Serentak yang mengukur prestasi ekonomi semasa, Indeks Serentak tumbuh 1.3 peratus, mencecah 125.6 mata.

Prestasi ini disumbangkan hampir kesemua komponen kecuali gaji dan upah benar dalam pembuatan yang menyusut 0.6 peratus.

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...