Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Bursa Malaysia ditutup positif
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup positif

Bursa Malaysia ditutup positif

BURSA Malaysia dijangka meneruskan momentum positif pada tahun ini selepas mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menaik 4.79 mata kepada 1,596.20 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,591.41 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,594.10.

Jumlah dagangan sebanyak 2.37 bilion unit bernilai RM2.03 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 545 berbanding 390 dengan 565 kaunter tidak berubah dan 933 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks STI Singapura naik 29.39 mata kepada 3.750.33 dan indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 37.86 mata kepada 2,442.01 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Nikkei Jepun tumbuh 459.44 mata kepada 39,161.34.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...