Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong momentum belian berterusan
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong momentum belian berterusan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Januari– Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula dan dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini, disokong oleh momentum belian yang berterusan walaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.60 mata kepada 1,580.06 daripada 1,576.46 semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.87 mata kepada 1,582.33.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 132 berbanding 113 manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,853 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 90.37 juta unit bernilai RM52.24 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street bercampur-campur untuk hari kedua berikutan jualan saham teknologi yang berterusan walaupun Indeks Harga Pengeluar AS lebih rendah daripada jangkaan.

Beliau berkata peniaga kini memberi tumpuan kepada data Indeks Harga Pengguna AS hari ini.

Dalam negara, Thong berkata jualan lewat pada sesi penutup dagangan semalam adalah mengejutkan dan mungkin didorong oleh dana asing.

“Bagaimanapun, kami percaya peningkatan semula akan dicatatkan dan kami menjangka indeks akan berada antara 1,575 dan 1,585 hari ini.

“Pada paras semasa, penilaian pasaran dianggap rendah pada 14.5 kali berbanding purata sebanyak 16.5 kali,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM10.22, CIMB dan Public Bank, masing-masing meningkat satu sen kepada RM7.08 dan RM4.41, Tenaga menambah empat sen kepada RM13.86 manakala IHH merosot satu sen kepada RM7.07.

Yinson, yang menyambung dagangannya hari ini, meningkat tujuh sen kepada RM2.77, dengan 1.94 juta saham bertukar tangan.

Dalam saham aktif, Velocity Capital, Elridge Energy dan Yew Lee Pacific, masing-masing mendatar pada lapan sen, 46 sen dan 55.5 sen manakala Harvest Miracle menambah satu sen kepada 20.5 sen dan YTL Power meningkat tiga sen kepada RM3.84.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 23.09 mata kepada 12,140.06, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 17.12 mata kepada 12,070.65 dan Indeks FBMT 100 menambah 24.53 mata kepada 11,826.17.

Indeks FBM 70 menambah 28.92 mata kepada 18,259.82 dan Indeks FBM ACE naik 8.93 mata kepada 5,269.51.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 1.60 mata kepada 834.62, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 30.60 mata kepada 18,793.43, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.67 mata kepada 167.73 dan Indeks Perladangan menambah 1.19 mata kepada 7,400.55.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...